Konvoi motosikal PBB bawa bendera GPS jelajah DUN N. 40 Kabong



KABONG: Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) hari ini melakukan jelajah bermotosikal sambil membawa bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) sempena Hari permuafakatan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) N. 40 Kabong yang berlangsung di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir dan turut dihadiri sama oleh isteri beliau, Meryani Haji Yasin.

Dilangsungkan di Pantai Tanjung Kembang di sini, atur cara program dimulai dengan pelepasan konvoi bermotosikal yang membawa bersama bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) dari Pusat Khidmat ADUN Kabong di Kampung Baru Kabong.

Konvoi 50 motosikal tersebut bergerak dari dari Kabong ke Nyabor, Roban, Ulu Roban, Gerigat, Sessang dan seterusnya berakhir di Pantai Tanjung Kembang, Kabong jam 10.10 pagi.

Hadir sama pada program itu Timbalan PBB Kabong, Haji Alwie Haji Sapali dan kira-kira 500 ahli PBB N.40 Kabong.

Chee memberitahu program yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli PBB.

Di samping itu katanya, peluang yang ada turut digunakan bagi memperkenal GPS kepada ahli secara lebih dekat dan terperinci tentang peranan dan hala tuju
GPS pada masa depan.

“Program ini turut memperkenal GPS kepada penduduk di seluruh DUN. N. 40 Kabong. Kita mahu penduduk tahu dan kenal dengan logo atau lambang GPS supaya mereka tidak keliru kerana tiada lagi lambang dacing atau Barisan Nasional ( BN) kerana Sarawak di bawah kerajaan sendiri GPS telah keluar dari BN selepas PRU 14 apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

“GPS adalah gabungan empat parti komponen iaitu PBB, SUPP, PRS dan PDP. Pada 9 Januari 2019 Majlis memperkenal logo dan lagu GPS telah dilakukan di Kuching. Dan pada 19 Januari 2019 GPS telah dilancarkan dengan rasminya di Kuching, “ujarnya.

Tambahnya usaha berterusan akan dibuat bagi mempromosi GPS kepada penduduk bagi memastikan penduduk akan lebih kenal dengan GPS dan memastikan GPS menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021.SarawakVoice

Timbalan PBB Kabong, Haji Alwie menyampaikan cenderahati kepada Mohd. Chee Kadir

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...