Kereta rempuh belakang lori tangki di Batu 8 Sibu





SIBU: Sebuah kereta jenis Mercedes-Benz telah merempuh bahagian belakang lori tangki minyak kelapa sawit di kawasan batu 8 Sibu pagi ini.

Menurut seorang saksi, Adam, 52, yang berada di tempat kejadian memberitahu Sarawak Voice, sewaktu kejadian pemandu kereta Mercedes berkenaan seorang lelaki terselamat namun turut mengalami kecederaan ringan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu dua lori tangki diparkir di tepi jalan kerana salah sebuah daripadanya mengalami kerosakan.

Impak perlanggaran kuat lori tangki tersebut telah bocor dan minyak kelapa sawit telah tumpah ke atas jalan.

Sehubungan dengan itu pengguna jalan raya ke Sibu diingatkan agar berwaspada melalui kawasan kemalangan tersebut.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...