KUCHING: Polis Sarawak hari ini menerima empat laporan berhubung kes penipuan melibatkan 40 anak Sarawak yang menjadi tahanan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey, Poipet di Kemboja.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah (gambar) berkata, laporan pertama dibuat salah seorang mangsa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sekitar pukul 12.43 tengah hari ini.
"Berhubung isu rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di Kemboja, kes ini sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPK Sarawak.
"Setakat ini, kita telah menerima empat laporan polis dari mangsa yang ditipu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment