Ibu Hasbi Habibollah meninggal dunia



Paulus (empat kanan) Sufian (dua kanan) menziarahi Hasbi (tiga kanan) yang kehilangan ibunya hari ini.

LIMBANG: Ibu Ahli Parlimen Limbang  Hasbi Habibollah meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Kampung Bunga Raya, kira-kira pukul 6.35 pagi, hari ini.

Allahyarhamah Norsinah Abdul Latif, 85, meninggalkan lapan anak termasuk Hasbi yang juga anak keenam. 

Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kudong  selepas Zohor hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut hadir menziarahi keluarga, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Hadir sama, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said,  Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari Kaunselor  Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...