JTS patahkan aktiviti pemindahan bahan batu-batan tanah di Bintulu




DISITA: Antara jentera berat yang disita dalam operasi tersebut.
KUCHING: Unit Penguatkuasaan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) berjaya

mematahkan beberapa aktiviti melibatkan pemindahan bahan batu-batan tanah tanpa kelulusan berlaku di Bahagian Bintulu pada 14 Februari lalu.

Menurut kenyataannya di sini semalam, dalam operasi itu sebanyak empat jentera berat digunakan bagi menjalankan aktiviti itu disita sebagai bahan bukti.

Aktiviti tersebut dikesan melalui risikan awal serta rondaan dilakukan dan semua kes disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

Susulan itu, orang ramai ingin melakukan aktiviti pengorekan atau pemindahan bahan batu-batan dinasihatkan merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan.

Orang ramai juga dialu-alukan menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti itu kepada JTS melalui talian 082-444111 (ibu pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui lamansesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my tau panggilan ke nombor 555999.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...