Komited beri peruntukan kementerian, asal masih pegang portfolio: Abdul Karim




Abdul Karim menandatangani plak simbolik pelancaran pameran seni Usungan.

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Abdul Rahman terus komited memberi peruntukkan kepada institusi pengajian tinggi dalam penyelidikan seni serta budaya.

Jaminan itu katanya akan diteruskan asalkan beliau masih menjadi menteri atau memegang porfolio terbabit.

"Saya mengalu-alukan institusi pengajian tinggi untuk datang ke kementerian dengan kertas kerja jika mereka mahu membuat penyelidikan.

"Asalkan saya masih di sana sebagai menteri, saya memberi jaminan saya akan luluskan. Namun jika ia berubah atau saya dikeluarkan dari (menteri) kemudian saya tidak memberi jaminan ia sama oleh individu yang mengambil alihnya dari saya," katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan pelancaran Pameran Seni bertajuk Usungan anjuran bersama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bersama Saradise di Galeri Saradise di sini, malam tadi.

Abdul Karim berkata beliau juga mengalu-alukan jika ada pihak institusi seperti Unimas yang berminat untuk membuat dokumentari kebudayaan dan kesenian pelbagai etnik di negeri ini.

Mengenai pameran seni Usungan yang merupakan kerjasama antara institusi pengajian dan sektor swasta itu beliau berharap ia diteruskan dalam memelihara seni dan budaya masyarakat Sarawak.

"Saya gembira Unimas dan Saradise yang bekerjasama mendalami budaya yang diamalkan masyarakat kita dengan cuba untuk menghidupkan ia atau mendokumentasikannya demi generasi masa masa hadapan," katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Saradise Datuk Chris Chung, Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong Mohd Chee Kadir serta yang lain.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...