Gunners pintas United di tangga keempat



Pemain Arsenal, Alexandre Lacazette (kiri) membawa bola sambil cuba diasak pemain Southampton, Pierre-Emile Hojbjerg dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Emirates. - Foto Reuters

LONDON: Arsenal menewaskan Southampton 2-0 menerusi gol awal babak pertama jaringan Alexandre Lacazette dan Henrikh Mkhitaryan di Stadium Emirates, di sini, sebentar tadi, untuk sekali gus melonjak kembali ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Gunners mendahului pada minit keenam dalam situasi aneh apabila Lacazette menguis masuk dengan tumit susulan umpanan Mkhitaryan ketika pasukan itu merayu mendapatkan sepakan penalti selepas Lucas Torreira dijatuhkan dalam kotak penalti.

Tuan rumah menggandakan kelebihan pada minit ke-17 apabila penjaga gol Southampton, Angus Gunn, yang melakukan penampilan kedua dalam EPL, mengeluarkan bola tetapi singgah di kaki pemain Arsenal, Alex Iwobi.

Pemain tengah Nigeria itu meluru ke kawasan gol lawan dan melakukan umpanan kepada Mkhitaryan yang tidak dikawal, sebelum melakukan tendangan leret ke penjuru gol.

Pemain Arsenal, Henrikh Mkhitaryan jaring gol kedua pasukan. - Reuters

Lacazette patut meledak hatrik pada babak pertama namun dia mensia-siakan peluang itu.

Southampton bagaimanapun kelihatan jauh daripada bayangan pasukan yang menang aksi pertama di St Mary’s Disember lalu, mencatat hanya tiga percubaan pada babak pertama berbanding Gunners 11.

Mereka memasukkan Charlie Austin pada babak kedua untuk melihat sama ada dia boleh mengekalkan rekod jaringan menentang Arsenal sejak bertemu mereka dalam liga, namun Saints gagal memecah kebuntuan.

Keputusan itu melonjakkan pasukan kendalian Unai Emery ke tangga keempat liga dengan 53 mata selepas Manchester United dipaksa seri tanpa jaringan oleh Liverpool di Old Trafford. - Reuters

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...