Difteria 5 kanak-kanak dirawat di HSA

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal (kanan) bersama-sama Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz mencuci tangan menggunakan cecair yang disediakan sebelum masuk ke wad pengasingan untuk melihat perkembangan lima kanak-kanak positif jangkitan difteria yang ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA), hari ini. - UTUSAN ONLINE/NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU 24 Feb. - Lima kanak-kanak termasuk kakak mangsa yang meninggal dunia akibat difteria tiga hari lalu, dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas didapati positif penyakit itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, lima kanak-kanak itu yang berusia bawah 4 tahun merupakan antara 52 individu yang disaring Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

“Lima kanak-kanak itu termasuk kakak mangsa telah dimasukkan ke wad yang diasingkan di HSA selepas kita dapati semua mereka positif.

“Selepas diberikan rawatan dan tiada simptom, tiga orang daripada mereka dijangka dibenarkan pulang esok, manakala dua lagi kanak-kanak termasuk kakak mangsa masih ditahan di hospital,” katanya kepada pemberita selepas melawat lima kanak-kanak berkenaan di HSA di sini sebentar tadi.

Media hari ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sebulan meninggal dunia di sini tiga hari lalu disyaki difteria dan mangsa tidak pernah sebarang imunisasi sejak lahir.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, mangsa mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari lalu sebelum dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari lalu dalam keadaan lemah.

Beliau berkata, kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria, malangnya mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...