Geng curi motosikal tumpas




Motosikal yang dilaporkan hilang oleh pemilik pada 17 dan 25 Disember lalu.

BINTULU: Polis berjaya menumpaskan geng curi motosikal melibatkan warga asing  dengan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di dua lokasi berasingan pada Khamis. 

Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu yang diketuai Inspektor Nixon
Malang membuat tangkapan ke atas suspek-suspek berumur dalam lingkungan 19 hingga 31 tahun dalam Op Lejang yang dijalankan antara pukul 3.40 petang hingga 9 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili, polis berjaya mengesan dua suspek di kawasan Pasar Lama Bintulu dan seorang lagi di Daerah Tatau, dipercayai saki-baki geng pencuri motosikal yang ditangkap sebelum ini. 

"Dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis berjaya menumpaskan satu lagi kumpulan sindiket curi motosikal yang aktif di Bintulu, khususnya yang melibatkan warga asing," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. 

Zulkipli berkata, hasil soal siasat, polis berjaya menjumpai sebuah motosikal dan rangka motosikal merangkumi satu unit enjin motosikal.

Katanya, penemuan untuk kedua-dua barangan tersebut masing-masing dibuat di sebuah ladang di kawasan Tatau dan Jalan Kuala Tatau.

Polis percaya motosikal itu merupakan motosikal yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada 17 dan 25 Disember lalu.

Kesemua suspek serta motosikal curi terbabit dibawa ke Balai Polis Sentral
Bintulu bagi membantu siasatan. 

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan jenis motosikal.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...