Dah kenapa kau bakar kasut orang?



TUKANG kasut mengamuk sebelum membakar puluhan kasut pelanggannya dalam kejadian di kaki lima bangunan kedai di Jalan Post di Miri, malam semalam.

Dalam kejadian 9.20 malam itu, semua kasut pelanggan yang dihantar pada lelaki terbabit terbakar sehingga menimbulkan kebimbangan awam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya ke lokasi mendapati, berlaku kebakaran kecil dari kotak kayu berisi kasut dan kebakaran berjaya dipadam 10 minit kemudian,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat awam, individu yang membakar kasut itu dilaporkan kurang waras.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat kejadian itu,” katanya.Harian Metro

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...