Kerajaan negeri biayai kos bawa balik tahanan di Kemboja




Abang Johari bersama ahli majlis tertinggi PBB pada sidang media hari ini.

KUCHING: Kerajaan negeri akan menganggung kesemua kos membawa balik 40 anak Sarawak yang ditahan di Penjara Wilayah Bantaey Meanchey, Kemboja.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) di ibu pejabat PBB di sini, hari ini.

Menurutnya 40 anak Sarawak yang di tahan itu dijangka tiba di sini pada esok atau Isnin.

"Kita berterima kasih kepada Wisma Putra dan kerajaan Kemboja atas kejayaan menyelesaian perkara ini.

"Isu ini berjaya diselesaikan dengan mengikuti protokol antarabangsa dan kita bersyukur kerana akhirnya kita berjaya membawa balik dan membebaskan mereka," katanya.

Abang Johari berkata beliau telah memberi mandat kepada Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak untuk mengunjungi tahanan di Kemboja.

"Kerajaan negeri akan menanggung kos membawa balik kesemua anak-anak Sarawak," katanya.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...