KUCHING: Tiga ratu cantik dari kaum Bidayuh, Orang Ulu dan Iban akan membuat penampilan istimewa pada majlis sambutan Hari Gawai Peringkat Negeri, Sabtu ini.
Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka akan menyaksikan penampilan istimewa Miss Malaysia World 2014 Dewi Liana Seriestha (Bidayuh) yang telah merangkul gelaran Miss Talent pada pertandingan Miss World 2014 di London.
Dua lagi ratu cantik ialah Miss World Malaysia 2018 La-rissa Ping (Orang Ulu) dan Miss Planet International 2019 Vivian Lin Winston (Iban).
Mereka antara 12 jelitawan Dayung Sangon (Bidayuh), Kumang Gawai (Iban) dan Keligit (Orang Ulu) yang akan membuat penampilan istimewa dan ‘Perarakan Kumang’ pada majlis itu yang dijangka dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari serta isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.
Pengerusi jawatankuasa kecil untuk Dayung Sangong, Kumang dan Keligit Datuk Peter Minos berkata, Dewi akan mendendangkan lagu semasa penampilan istimewa itu.
“Ini adalah julung kalinya tiga pemenang ratu cantik peringkat antarabangsa mewakili tiga komuniti Sarawak membuat penampilan istimewa pada majlis seperti ini,” katanya.
Menurut Minos, ratu-ratu cantik lain dari seluruh negeri yang memenangi gelaran sama ada di peringkat negeri atau komuniti turut hadir memeriah-kan majlis tersebut.
Katanya, enam keling akan menyertai ratu-ratu cantik ber-kenaan membuat persembahan pentas pada malam itu nanti.
“Dua koreografer terkenal iaitu Ricky Kiwah dan Wagner John melatih para peserta menari,” katanya sambil menambah sambutan Gawai Peringkat Negeri tahun ini dihoskan oleh komuniti Bidayuh.
Menurut Minos lagi, jawa-tankuasa penganjur utama sambutan itu diketuai Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Sementara itu, rumah panjang Kampung Pichin di Serian akan menjadi tuan rumah majlis penutupan sambutan Hari Gawai Peringkat Negeri pada 29 Jun ini.
Manakala bagi daerah Bau, majlis penutupan sambutan Hari Gawai Peringkat Negeri akan berlangsung di Dewan Suarah Bau pada 22 Jun 2019.
Sambutan Hari Gawai Peringkat Negeri tahun ini juga diada-kan di Rumah Panjang Annah Rais (Padawan) dan Kampung Jagoi Duyoh (Bau) pada 31 Mei dan 1 Jun masing-masing sebelum berlangsung di Kampung Pueh di Lundu (2 Jun).-UtusanBorneo
No comments:
Post a Comment