Keseluruhan Jalan Ngemah-Song-Kapit 100.9 KM Hanya Jalan Ngemah-Temalat Masih Dalam Pembinaan

KUCHING: Hanya Jalan Ngemah-Temalat Sahaja yang masih dalam pembinaan daripada jalan keseluruhan Jalan Kanowit-Song-Kapit sepanjang 100.9 km.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, hanya Jalan Ngemah-Temalat, Bahagian B Pakej 1 sahaja yang masih dalam pembinaan.

“Satu-satunya jalan yang masih dalam pembinaan Jalan Ngemah-Temalat, Bahagian B Pakej 1 (seperti yang ditunjukkan dalam pelan) meliputi jalan panjang sepanjang 9.6 km R3 dengan jambatan sepanjang 100 meter di Sungai Sebuloh.

“Manakala, kemajuan fizikal pada masa kini ialah 39.73 peratus dan dijadualkan siap pada Ogos 2020. 

“Selepas tarikh itu, keseluruhan rangkaian jalan ke Kapit akan dapat dihubungkan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 31 Mei lepas.

Pada masa ini, hanya jalan dari Kanowit ke Ngemah boleh diakses dengan menggunakan kenderaan.

Sementara itu, JKR Sarawak turut memaklumkan Jalan Ngemat-Temalat masih belum dapat dibuka kepada orang ramai disebabkan pembinaannya masih dalam pelaksanaan.

“Jalan Ngemat-Temalat sepanjang 9.6 km masih belum dapat dibuka kepada kenderaan kerana pembinaan jalan masih separuh jalan dan tidak selamat digunakan oleh orang ramai,” tambahnya. 

Sebaik sahaja siap, jalan ini akan disambungkan jalan tar di Jalan Song/Sipang/SK Temalat dan seterusnya ke Kapit.

Siapnya projek jalan ini akan memberikan impak positif yang besar kepada rakyat bukan sahaja di Kapit tetapi juga kepada rakyat di Song dan Kanowit.

Ini sekaligus akan merancakkan lagi pembangunan dan peningkatan ekonomi di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...