Jambatan Batang Lupar impian seluruh rakyat Sarawak



KUCHING: Jambatan Batang Lupar yang akan dibina adalah demi kesejahteraan dan pembangunan secara menyeluruh untuk rakyat Sarawak dan bukan pembaziran wang rakyat atau kerajaan.

Demikian kata Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang menyelar kenyataan Ahli Jawatankuasa Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Leon Jimat Donald yang telah dimuat naik dalam akaun Facebooknya pada 3 Jun lalu.

“Kenyataan Leon bahawa permohonan pembinaan Jambatan Batang Lupar adalah pembaziran duit rakyat atau duit kerajaan, padahal ia merupakan permintaan rakyat sejak sekian lama di kawasan tersebut.

“Saya terkejut mendapat komen seperti ini daripada beliau, saya cuma memahami beliau dari parti DAP, tapi kita bukan sekadar berpolitik… apabila ia adalah untuk kegunaan rakyat yang telah diperjuangkan sejak dahulu.

“Nya sik dengar bedok, kata orang Melayu, sudah beberapa kali diumumkan bahawa akan ada jambatan yang akan dibina untuk menghubungkan Lingga dan Sebuyau.

“Apa lagi dimahunya? Kalau benar beliau mahu berjuang untuk rakyat Sarawak, tolonglah,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya di Taman Sejoli di sini, semalam.

Rohani berkata, Jambatan Batang Lupar bukan sahaja untuk kegunaan bagi rakyat di seluruh Sarawak tetapi juga Sabah dan Brunei.

Menurut beliau, Leon harus memahami ada perkara yang perlu dilaksanakan melebihi politik, lebih-lebih lagi untuk kesejahteraan dan pembangunan keseluruhan rakyat, justeru ia harus diperjuangkan bersama.

Katanya, dengan adanya jambatan itu nanti akan membuka mata banyak pelabur, dan pembukaan kawasan untuk tujuan komersil agar penduduk dapat menambah pendapatan dan menikmati pembangunan.

Sebelum ini katanya, masalah bukan sekadar dari aspek perhubungan yang banyak bergantung kepada perkhidmatan feri, malah kemudahan Internet, bekalan air bersih dan elektrik juga sukar dicapai.

“Banyak lagi projek RTP (Program Transformasi Luar Bandar) akan dilaksanakan selepas ini kerana masih banyak tanah yang luas untuk tujuan pertanian tetapi ia mesti dilakukan secara bersama iaitu bagi penanaman kelapa, nanas, padi dan taman industri gula apong,” katanya.

Turut bertandang ke kediaman Rohani semalam ialah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Norkiah, Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri, Ahli Parlimen Samarahan Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bating Maro Razaili Gapor.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...