10 surau di Spaoh terima geran RM100,000 daripada kerajaan GPS



KUCHING: Sebanyak 10 surau dari empat kampung di Spaoh telah menerima geran sebanyak RM100,000 daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) semalam.


Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan geran terbabit kepada wakil pengerusi surau bagi tujuan menambah baik atau menaik taraf surau terbabit.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga telah meluluskan sejumlah RM500,000 untuk tujuan yang sama bagi masjid di Spaoh bagi pembentangan belanjawan tahun depan,” katanya ketika melawat sambutan Hari Raya Aidilfitri di Spaoh, semalam.

Tambah beliau,  menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan negeri terhadap kebajikan kira-kira 4,000 komuniti Islam di sini.

Uggah menggesa jawatankuasa surau mempergiatkan lagi aktiviti dan program panduan agama dan moral kepada para belia.

Katanya, ia berupaya mengekang golongan belia daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah, menunggang motosikal dengan laju dan menyertai perlumbaan haram motosikal.

Menyentuh hal berkaitan Spaoh, Uggah berkata pihaknya akan memperbanyakkan lagi usaha bagi daerah itu sebagai persediaan bagi masa depan Spaoh dengan sokongan dan kerjasama semua pihak.

“Tumpuan kami kini adalah bagaimana menjana atau meningkatkan pendapatan rakyat.

“Kami telah mengenal pasti beberapa aktiviti pertanian  bagi bahagian Betong dan kawasan sekitar yang berupaya memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Itulah sebabnya kami juga merancang menyediakan lapangan terbang bagi mengangkut produk pertanian ke pasaran luar negara. Kerajaan telah menyediakan sejumlah RM100 juta untuk pembinaan lapangan terbang ini,” katanya.

Uggah yang merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata model konsep pertanian moden seperti fertigasi dan hidroponik akan dimulakan di sini sebagai promosi dan digesa pesara penjawat awam tempatan untuk membantu.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu, Residen Betong Friday Belik dan Timbalannya Abang Mohammad Abang Trukey dan Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal.-UB

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...