WANITA FILIPINA CUBA BUNUH DIRI GAGAL

 SIBU: Pasukan bomba berjaya
menggagalkan cubaan  bunuh diri seorang Wanita warga Filipina di sebuah bangunan tingkat 3, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.36 pagi sebelum satu jentera dan sebuah Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) bersama lapan  anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai sedang duduk di bumbung tingkat empat bangunan berhampiran Malindo Cafe & Bistro dan sedang menangis dipercayai mengalami kemurungan.

"Pasukan penyelamat berusaha memujuk mangsa supaya tidak melakukan sebarang tindakan  dan apabila keadaan tenang, pasukan penyelamat membawa mangsa ke kawasan yang lebih selamat," kata Tion Ling ketika dihubungi.

Selepas memastikan keadaan selamat pasukan penyelamat berangkat balik ke balai dan  operasi ditamatkan pada jam 08:22 pagi.-SuaraSarawak



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...