DARO: Tujuh lelaki dicekup polis kerana disyaki terlibat menyalahgunakan dadah dalam serbuan ke atas dua buah rumah di Kampung Masjid Daro, semalam.
Serbuan menerusi Ops Bersepadu itu dibuat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, ibu pejabat polis Daerah Sarikei dan Matu Daro bermula 7. 30 petang hingga 8.20 malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superitendan Polis (DSP) Neil Beginda, suspek yang ditahan berusia antara 18 hingga 46 tahun dan bekerja sebagai buruh dan penganggur.
Ujarnya, ujian air kencing ke atas semua suspek, enam daripada mereka didapati positif dadah jenis amp/meth disiasat di bawah sek. 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 manakala, seorang lagi disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
"Pada masa yang sama, Polis juga berjaya merampas beberapa bahan bukti termasuk pil nospen yang dianggarkan bernilai RM650.
"Kejayaan operasi ini adalah hasil intipan dan maklumat daripada orang awam, " katanya kepada wartawan.
Neil menegaskan, polis sentiasa mengambil tindakan dan menjalankan operasi narkotik secara agresif ke atas sarang penagih dadah di daerah tersebut.
"Kesemua suspek di bawa ke IPD Sarikei untuk siasatan lanjut. Hasil siasatan awal, mereka memperoleh bekalan dari Sibu.
"Saya berharap masyarakat terus membantu polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan bagi membenteras gejala berkenaan hingga ke peringkat akar umbi," katanya.-SuaraSarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
Tahukah anda apa yang pelik serta luar biasa dekat dearah Sri Aman. Di Malaysia ini cuma Bandar Sri Aman ini sahaja yang ajaib bagi saya da...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...

No comments:
Post a Comment