Tahukah anda?
Berikut admin kongsikan umur-umur persaraan bagi negara-negara di ASEAN dan negara-negara MAJU. Ini diambil daripada Laporan OECD, 2017.
Ada 3 buah negara yang menetapkan umur 67 tahun sebagai umur persaraan wajib iaitu di Iceland, Greece dan Israel.
Di ASEAN, Kemboja @ Cambodia masih mengekalkan umur persaraan wajib mereka pada umur 55 tahun, baik untuk lelaki mahupun wanita. Anda rasa kenapa?
Adapun di sesetengah negara, Vietnam umpamanya, menetapkan umur persaraan wajib bagi lelaki pada umur 60 tahun manakala untuk wanita, 55 tahun. Kenapa la gamaknya? Nak tau kenapa? Entahlar, admin pun nak juga tau. Anda rasa?
Di Jepun, dikatakan mulai tahun 2018, umur persaraan wajib telahpun meningkat kepada 66 tahun.
Bagaimana dengan jiran kita, Singapura?
Terkini, Singapura menetapkan umur 66 tahun dan 2 bulan sebagai umur persaraan wajib bagi mereka yang lahir pada tahun 1955, dan bakal meningkat kepada 67 tahun bagi mereka yang lahir pada tahun 1960 dan ke atas. Ini bukan sahaja kepada penjawat awam, malah kepada semua pekerja di kalangan rakyat mereka.
Bagaimana dengan umur persaraan di Malaysia?
Setakat 2012 hingga kini, umur persaraan masih kekal pada 60 tahun, baik lelaki mahupun kepada wanita. Umur rasmi untuk bergelar pekerja berdasarkan KWSP ialah sehingga umur 55 tahun.
Apa kelebihan Skim Pencen Sektor Awam di Malaysia?
kalau anda berminat nak tau, nanti admin share lagi info. Klik LIKE dan SHARE banyak-banyak. Dapat lebih 250 LIKES admin akan share lagi informasinya.
*** ada yang menyatakan, orang yang bersara pada umur 55 tahun, jangka hayatnya lebih panjang, boleh hidup sehingga 75-76 tahun mana kala bagi yang bersara pada umur 60-62 tahun, mereka dijangka boleh hidup menikmati alam persaraan sehingga beberapa tahun sahaja lagi sebelum pelbagai penyakit datang menyinggah lalu meninggal dunia. Tapi ini bukan fakta mewakili keseluruhan, ianya hanya kajian kecil yang pernah dibuat oleh sebilangan pihak. Komer nak percaya, percayalah, kalau takmau percaya pun tak mengapa.
ADMIN OHSEM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
A. ASAL USUL NAMA SARAWAK Mengikut cerita penduduk tempatan, nama Sarawak dikatakan berasal daripada dua kisah iaitu: 1. Sempena Nama ...
-
Penyandang juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menjulang trofi apabila menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi. - Foto...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...

No comments:
Post a Comment