Burung bangau tersangkut berjaya diselamat





SIBU: Seekor burung bangau yang tersangkut di atas pokok di kawasan Pasar 2 ,Dataran Sibu di sini berjaya diselamatkan petang tadi.
Sebaik sahaja pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.37 petang, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu digerakkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, didapati seekor burung bangau terbelit pada tali layang - layang yang tersangkut atas pokok dan enam anggota bertindak menggunakan tangga dari jentera untuk melepaskan burung bangau itu.




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...