Telur ikan Terubuk Masin Sarawak bak Caviar hitam Laut Caspian


KUCHING: Ia mungkin tidak semewah ‘caviar hitam’ dari Laut Caspian yang berasal daripada telur ikan beluga, namun telur ikan terubuk masin Sarawak tetap 'mewah' sehingga ada pihak menggelarnya ‘emas di dalam ikan’.

Masakan tidak, dengan harga ikan telur terubuk masin mencecah hingga RM500 sekilogram, pembeli boleh memilih membeli cincin emas atau menikmati kelazatan telur yang digoreng sehingga kuning keemasan atau di buat pais.

Walaupun ada menganggapnya tidak masuk akal, telur ikan terubuk masin mendapat permintaan tinggi ramai penggemarnya yang mengakui ‘ketagih’ selepas merasa keenakan rasa lemak dan lembut telur ikan itu.

Bagaimanapun tanpa disedari orang ramai, telur ikan terubuk sebenarnya amat sukar diperoleh peniaga dan menyebabkan harganya melambung tinggi.Telurikan terubuk tempatan yang dijual di Medan Niaga Satok ini, diperoleh dari kawasan perairan negeri ini, terutamanya di kawasan Sadong Jaya, Pusa dan Beladin.

Pengusaha ikan terubuk masin, Jaafar Ali, 51, berkata harga telur ikan yang terlalu tinggi tidak dapat dielak kerana menampung peningkatan kos bekalan ikan terubuk yang mencecah antara RM50 hingga RM70 seekork.

Beliau memulakan perniagaan pada 1999 berkata, bekalan ikan terubuk yang terbaik cuma RM150 bagi seekor dengan berat antara 800 gram hingga satu kilogram.

Sementara itu, tinjauan  di Medan Niaga Satok mendapati harga telur ikan terubuk tempatan sekitar RM500 bagi setiap kilogram berikutan musim menangkap ikan terubuk yang bermula Januari hingga Jun.

By Sarawak Aritok





Jaafar Ali
(Pengusaha Ikan Terubuk)
                        



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...