Tabung Harapan diguna untuk bayar sebahagian hutang 1MDB





PUTRAJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Kesemua dana dalam Tabung Harapan Malaysia (THM) akan digunakan bagi melunaskan sebahagian hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang berjumlah RM1.704 bilion bagi tahun ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM Bil.1/2019 pada 24 April lepas.

Menurut Lim, jumlah terkini akaun amanah Tabung Harapan adalah RM203,292,117.41.

Menurutnya, baki THM sehingga 14 Januari lalau iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan adalah sebanyak RM202,716,775.10 dan selanjutnya, pelaburan simpanan tetap yang ditadbir oleh Jabatan Akauntan Negara telah dilaksanakan dan faedah pelaburan yang diterima sehingga 31 Mac adalah sebanyak RM575,342.31.

"Meskipun dana THM ini tidak mungkin boleh melangsaikan semua hutang 1MDB sebanyak RM51 Bilion, Tabung Harapan akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara,”katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...