SEPULUH KETUA ISI RUMAH TERIMA BANTUAN PROGRAM KASIH RAMADAN

BINTULU : Sepuluh Ketua Isi Rumah(KIR) berstatus miskin tegar di Daerah ini menerima bantuan bakul makanan bernilai RM200 di bawah program Kasih Ramadan Unit Penyelarasan Pelaksanaan(ICU) Pejabat Pembangunan Persekutuan Sarawak dengan kerjasama Bank Muamalat.

Simbolik penyerahan bantuan disempurnakan
Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Zon Miri, Rozila Rebi dan Pengurus Cawangan Bank Muamalat Bintulu, Mohd. Amin Mashuri.

Sementara itu, Rozila memberitahu Bintulu merupakan antara tiga lokasi program Kasih Ramadan dianjurkan selain daerah Kuching dan Samarahan serta daerah Sibu dan Betong.

Menurutnya, penerima terdiri daripada mereka yang berdaftar di dalam sistem eKasih iaitu Bank Data Kemiskinan Nasional yang menyenaraikan rakyat Malaysia yang berstatus 'miskin' dan 'miskin tegar' di seluruh negara.

Untuk program hari ini, sumbangan telah disalurkan oleh pihak Bank Muamalat berjumlah RM100, 000 kepada ibu Pejabat ICU JPM untuk diagihkan kepada seluruh Pejabat Pembangunan di seluruh negara,katanya ketika ditemui pada acara ringkas penyampaian program Kasih Ramadan, di sini.

Negeri Sarawak menerima sebanyak RM12, 000 bagi melaksanakan program ini dan 60 KIR berstatus 'miskin tegar' berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan RM167 per kapita telah dikenalpasti untuk menerima bantuan, tambahnya.

Beliau berharap bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu serta meringankan beban kewangan  penerima dalam mejalani ibadah puasa.

Program Kasih Ramadan ini merupakan salah satu program  tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah inisiatif baharu ICU Jabatan Perdana Menteri (JPM) Program I Care For You yang dilaksanakan sempena Bulan Ramadan.



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...