MUKAH: Sepasang suami isteri antara 11 yang ditahan dalam satu operasi selama 23 jam oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mukah yang berakhir hari ini.
Menurut Ketua Daerah AADK Mukah Felynora Joseph Na, mereka yang ditahan berusia antara 27 hingga 48 tahun.
"Mereka dari daerah berlainan iaitu Matu (empat orang), Daro (seorang) dan Belawai (enam orang)," katanya kepada Utusan Borneo.
Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, katanya 10 daripada mereka didapati positif dadah jenis methampethamine.
Manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja, tambahnya lagi.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.-UtusanBorneo
No comments:
Post a Comment