Sarawak teruskan perjuangan tuntut hak MA63





KUCHING: Sarawak sedia membawa isu tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ke mahkamah jika perkara mengenai hak-hak Sarawak yang terhakis seperti yang termaktub di dalam perjanjian itu tidak ditunaikan. 

Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia merupakan langkah terakhir diambil Sarawak.

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin tertinggi Sarawak sentiasa membuat perbincangan mengenai tuntutan hak-hak di bawah MA63 kerana rakyat berhak mendapatkan apa yang perlu ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kalau hak-hak Sarawak tidak ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam MA63 atau diceroboh oleh mana-mana pihak maka Sarawak akan bawa kes ini ke mahkamah untuk mendapatkan jawapan seterusnya membuat keputusan.

“Kita tidak boleh melepaskan kerajaan
Sarawak kepada mana-mana pihak di
Semenanjung pada masa sekarang selagi tuntutan kita tidak ditunaikan,” katanya pada sidang media selepas perasmian Seminar MA63 Peringkat Parlimen Santubong di Pusat Konvesyen Penview (PCC), Demak Laut di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Wan Junaidi menambah, rakyat perlu terus memberikan sokongan padu kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memastikan suara rakyat mengenai isu itu terus diberi perhatian oleh Persekutuan.

“Kalau kita kalah dalam PRN (Pilihan Raya Negeri), dan Sarawak dikuasai oleh pihak yang menyokong Pesekutuan maka tuntutan kita mungkin tidak didengari lagi... ini yang kita bimbang,” jelasnya.

Beliau berkata, Sarawak hari ini ‘terlepas dari kongkongan’ kerana ketika bersama Barisan Nasional (BN) agak terikat dengan tanggungjawab kolektif berbanding sekarang di bawah GPS.

“Dulu semua Ahli Parlimen mesti menyokong apa yang kerajaan (BN) buat dan saya juga berharap pihak pembangkang tidak menekan Sarawak dengan cacian dan maki hamun kerana Sarawak hanya inginkan hak kami dalam MA63  dikembalikan,” jelasnya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...