KUCHING - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjun ke dalam sungai di Kampung Buso di sini ditemui selamat pada jam 1.45 pagi tadi oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi mencari mangsa.
Pihak bomba yang menerima panggilan pada jam 10.40 malam tadi telah mengerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Shahril Gorot berumur 30.
Menurut laporan, mangsa dilaporkan terjun ke dalam sungai pada jam 9.40 malam di pangkalan kampung Buso dan gerakan pencarian telah dibuat oleh penduduk kampung menggunakan bot dan mangsa dikatakan memakai pakaian jaket hitam kelabu, baju t-shirt htam, seluar jeans hitam dan berkasut.
Keadaan sungai dilaporkan berarus deras dan kedalaman lebih kurang 5 kaki dalam dan mangsa telah dijumpai selamat oleh pasukan SAR dan telah dibawa ke hospital menggunakan EMRS dan sebaik menyerahkan mangsa kepada pihak Hospital Bau, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.00 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...
-
BELAGA: Kepayahan hidup seramai 416 orang penghuni di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini yang kehilangan tempat tinggal s...
No comments:
Post a Comment