Bawa jenazah guna motosikal

PEKANBARU 19 Mei – Penduduk Desa Halim di mukim Batang Cenako, daerah Indragiri Hulu di wilayah Riau terpaksa membawa jenazah seorang penduduk menaiki motosikal untuk dikebumikan gara-gara keadaan jalan kampung itu yang rosak teruk.

Detik News melaporkan, jenazah yang tidak dikenal pasti identitinya itu didakwa meninggal dunia Khamis lalu ketika mendapatkan rawatan perubatan sebelum dihantar ke Desa Halim menggunakan ambulans.

Namun, ambulans itu tidak dapat menghantar jenazah ke destinasi sepatutnya kerana keadaan jalan tanah merah yang teruk, ditambah pula de­ngan faktor hujan.

Pemandu ambulans, Alim Edi Putra berkata, keadaan jalan yang berlumpur tebal itu menyebabkan kenderaan terbabit tidak dapat memasuki kawasan rumah si mati.

Alim kemudiannya cuba menghubungi pusat kesihatan masyarakat setempat untuk meminjam ambulans yang lebih besar, namun nasibnya malang apabila kenderaan itu dilaporkan rosak.

Akhirnya, penduduk kampung memutuskan supaya jenazah tersebut dibawa dengan menggunakan motosikal.

Jenazah itu diletakkan di atas dua bakul besar pada bahagian belakang motosikal itu yang digunakan untuk membawa tandan kelapa sawit.

“Jenazah itu terpaksa dibawa menggunakan motosikal yang mempunyai bakul besar dalam jarak 30 kilometer dari lokasi awal hingga ke hujung kampung,” kata Alim. - AGENSI- UtusanMalaysia

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...