Sarawak promosi pancing tuna di Jepun



MIRI: Sarawak merancang mempromosikan aktiviti memancing tuna, khususnya di perairan wilayah utara negeri ini dalam kalangan pemancing Jepun ke arah meningkatkan jumlah pelancong dari negara berkenaan.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, berkata perancangan itu susulan kehadiran banyak ikan berkenaan, termasuk dari spesis `sirip kuning; yang dikesan di Perairan Miri.

“Kita mengesan kehadiran kelompok ikan berkenaan kira-kira 40 batu nautika dari pesisir pantai Miri. Ikan tuna antara makanan popular di Jepun dan sudah pasti pemancing negara berkenaan berminat memancing tuna di Sarawak.

“Beberapa beberapa ekor ikan tuna berjaya dipancing ketika berlangsungnya
Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri. Ia jelas memperlihatkan potensi untuk menarik `kaki pancing’ Jepun untuk berkunjung ke Sarawak,” katanya ketika ditemui BH, di sini hari ini.

Lebih 30 pemancing termasuk dari China, Hong Kong, Singapura, Brunei dan peserta dari Semenanjung menyertai pertandingan memancing itu.

Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, berkata harga ikan tuna di pasaran tempatan mencecah RM45 sekilogram, manakala ikan kerapu mencecah RM60 sekilogram.

Beliau berkata, ketika ini ada dua kawasan taman marin di Sarawak yang popular bagi aktiviti memancing, di mana lokasi paling popular di Terumbu Karang Lorconia Shoal.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...