Pencerobohan siber di pejabat Anwar



SEREMBAN: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan bahawa berlakunya gangguan dan pencerobohan siber di pejabat beliau termasuk akaun media sosial miliknya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pihaknya kini sedang dalam proses mengatasi masalah itu dan menasihatkan agar semua pihak untuk kekal berwaspada terhadap semua maklumat dari pejabatnya serta akaun media sosial beliau.

“Kami sedang berusaha dengan pihak berkaitan dalam menyelesai isu pencerobohan siber ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, gejala pencerobohan siber sebegini semakin merebak ketika ramai meluangkan banyak masa di ruang digital.

“Ternyata ia suatu impak yang negatif dalam keghairahan kita mencakup teknologi dan sentiasa terdedah kepada individu yang menggunakan perkakas digital sama ada untuk keuntungan segera atau membangkit ketidaktentuan dan kecelaruan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...