RM224.8 JUTA UNTUK ATASI KESESAKAN DI SAMARAHAN
KUCHING – Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak, Datuk Julaihi Narawi menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak menyalurkan peruntukan sebanyak RM224.8 juta bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Kota Samarahan.
Beliau yang menjawab soalan daripada ADUN Stakan, Dato’ Sri Mohammad Ali Mahmud yang bertanyakan mengenai kerja-kerja menaiktaraf Jalan Dato’ Mohd Musa juga menyatakan kerja-kerja bagi mengatasi kesesakan lalulintas ini dijangka bermula penghujung Ogos tahun ini.
Hal ini melibatkan pembinaan jalan berkembar 4 lorong sepanjang 10.7 km, pembinaan tiga buah jambatan baru, penggantian dua jambatan sedia ada, dua buah jejantas pejalan kaki dibina dan turut melibatkan kerja-kerja pemasangan lampu jalan.
Kesesakan lalulintas di Kota Samarahan tidak asing lagi dalam kalangan warga Samarahan dan juga Kuching. Kesesakan yang berlaku hampir setiap hari ini menggusarkan penduduk dari Kota Samrahan yang terpaksa turun seawal jam 5.30 pagi untuk ke tempat kerja di Kuching bagi mengelak dari terkandas dalam kesesakan lalulintas.
Pelbagai cadangan diutarakan bagi mengatasi masalah ini termasuklah cadangan pembinaan tren transit aliran ringan (LRT) yang menghubungkan Kota Samarahan, Kuching dan Serian.
P/S: Semoga dengan inisiatif dari Kerajaan Negeri Sarawak ini dapat menyelesaikan keperitan penduduk dari Kota Samarahan yang terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalulintas sehingga menjadi rutin harian. Terima kasih daun keladi, mun ada agik jangan jerak beri lah lagi. hehe
#KotaSamarahan #KesesakanLaluLintas #MenteriMudaJalanPesisir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
Penyandang juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menjulang trofi apabila menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi. - Foto...
-
Tahukah anda kurang sebulan lagi perayaan Gawai Dayak akan diraikan. Pastinya sudah ada saudara Dayak kita sudah bersedia untuk membuat ...

No comments:
Post a Comment