Port dadah diserbu, tiga sekawan ditahan




LAWAS: Tindakan tiga sekawan menjadikan sebuah rumah sebagai lubuk menagih dadah terbongkar dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Melusuk di sini, pada Selasa.

Ketiga-tiga suspek berusia 39 hingga 23 tahun itu turut berada dalam pengaruh dadah ketika ditahan pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil pemeriksaan polis menemui tiga keratan tiub straw mengandungi kristal disyaki dadah jenis syabu berhampiran suspek-suspek berkenaan.

"Polis juga menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu hasil pemeriksaan lanjut terhadap satu beg sandang berwarna coklat yang dipangku oleh suspek berusia 39 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abang Zainal berkata dadah seberat 0.46 gram bernilai RM200 itu dirampas dalam operasi tersebut.

Jelasnya hasil siasatan awal mendapati dadah tersebut diperolehi daripada pengedar di kawasan Sipitang, Sabah dan dibeli secara tunai.

"Ketiga-tiga suspek juga positif methamphetamine dan amphetamine hasil ujian saringan awal yang dilakukan ke atas mereka," katanya lagi.

Mereka akan direman selama tiga hari bermula Selasa hingga esok (3 Mei) untuk siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen15(1)(a) akta sama.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...