Penduduk miskin Pakistan berbuka dengan daging burung unta



ISLAMABAD: Badan kebajikan di Karachi menghidangkan menu istimewa kepada penduduk Islam bandar raya itu untuk berbuka puasa iaitu daging burung unta.

Mahal dan jarang dimakan di Pakistan, burung unta dianggap eksotik di negara dengan 208 juta penduduk Islam itu.

Sukarelawan memasak daging merah itu di dalam kuali dan menghidangkan ia dengan kari kacang kuda kepada lebih 500 penduduk sebelum majlis berbuka hari ini, apabila Pakistan mula berpuasa hari ini.

“Disebabkan serba kekurangan, penduduk kaya menyokong kami dan seperti tahun sebelumnya kami menghidangkan makanan yang tidak mampu diperoleh golongan pertengahan, apatah lagi penduduk miskin,” kata Ketua Setiausaha Yayasan Pengurusan Sel Bencana Jafaria, Zafar Abbas.

Abbas berkata, rancangan seterusnya adalah daging rusa dan hidangan mahal lain sepanjang Ramadan.

Langkah itu berkemungkinan disambut baik oleh mereka yang suka memakan daging burung unta.

“Ia sangat sedap. Saya tidak pernah memakan daging unta.

“Ia sangat berkhasiat sehingga saya rasa tidak perlu makan untuk dua hari lagi,” kata pemandu van, Mohammad Hussain. — Reuters

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...