Bawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan




KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) meminta orang ramai yang membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan seliaannya untuk membawa bekas makanan sendiri bagi dibawa balik.

Menurut DBKU, pihaknya tidak membenarkan penggunaan bekas styrofoam (polystyrene) untuk membungkus makanan bagi memelihara alam sekitar.

“Untuk itu, orang ramai digalakkan membawa bekas makanan sendiri bagi tujuan membeli makanan untuk dibawa balik,” katanya dalam satu kenyataan kepada media sempena perasmian tapak Bazar Ramadhan Satok oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, semalam.

DBKU menyediakan tiga tapak Bazar Ramadan masing-masing 68 gerai di tapak jualan Semarak, 116 gerai di tapak jualan Sukma Ria dan 93 gerai di tapak jualan di Satok.

Pada majlis itu, Ketua Menteri telah mengedarkan kira-kira 200 bungkus bubur lambuk sumbangan Nestle Product Sdn Bhd kepada para pengunjung bazar.

Ketika bulan Ramadan pelbagai jenis kuih-muih dan moden, jenis makanan, masakan dan minuman dijual dan boleh didapati dalam pelbagai rasa.

Menjadi kebiasaan, juadah seperti bubur pedas, nasi hujan panas dan bubur syura turut dijual dan hanya boleh didapati pada bulan Ramadan.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak YB Datuk Professor Dr Sim Kui Hian, Datuk Bandar DBKU Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Penasihat Lembaga DBKU Dato Wee Hong Seng dan Pengurus CCK Kawasan Kuching Chai Min Diang.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...