MENYANTUNI SEORANG IBU TUNGGAL YANG MENYARA DUA ANAK DAN EMPAT ADIKNYA

Alhamdulillah, saya dan beberapa pegawai dari Tabung Baitulmal Sarawak berkesempatan menziarahi seorang ibu tunggal yang berseorangan menyara dua anaknya dan empat adik beradik yang lain. Saya datang untuk bersama pihak baitulmal untuk menemu bual kakak ini dan menyanpaikan sedikit buah tangan dari YB Kota Samarahan yang sedang berada di luat kawasan.

Lawatan kali ini betul-betul buat saya terdiam. Kakak ini berkahwin dengan warganegara asing, namun dek kerana suaminya tiada berjaya memperoleh kewarganegaraan dan urusan itu memakan belanja akhirnya suaminya terkandas di negara asalnya. Terpaksa berpisah.

Adik-adiknya pula berusia linkungan darjah 3 hingga belasan tahun. Kakak ini yang bekerja sebagai peniaga makanan kecil-kecilan hanya dapat pendapatan sekitar RM20 sehari. Itupun di bulan puasa ini terpaksa buka gerai sehingga jam 1 pagi.

Semasa lawatan ini, kami disambut oleh anak kecil berbaju merah jambu ini. Namanya Shida. Semasa tiba di rumahnya tiada satu pun mainan di tangan dan di lantai. Selepas saya duduk di lantai, saya amati luahan kakak itu.

Anak kecil itu baring di sofa belakang saya, sambil tersenyum. Seolah-olah baginya tiada apa-apa berlaku. Dengan kekurangan yang dilalui, kadang-kadang mereka hanya makan nasi kosong sahaja. Anak-anak yang kecil dan adik-adiknya yang kecil itu tidak pernah merungut. Mereka faham kesusahan yang dialami.

Kakak ini saya kenal ketika datang ke pejabat untuk tanya jika ada peluang berniaga hujung tahun lepas. Saya tidak tahu beliau hidup sesukar ini sehingga ada yang memaklumkan.

Dengan adiknya masih mempunyai masalah status kewarganegaraan, perkhidmatan di klinik dan hospital awam sangat sukar diperoleh. Terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Rumah sewa, sewa tertunggak hampir 3 bulan. Pemilik rumah sewa yang bergantung dengan hasil sewa itu tak sampai hati nak suruh mereka keluar, tapi beri tempoh sehingga raya nanti.

Di kala anak-anak lain tengah fikir baju raya, anak-anak kakak ini tolong ibunya fikir nak tinggal mana masa raya. Kakak ini tak sampai hati nak hantar anaknya ke rumah anak yatim, tapi jika itu sahaja pilihan, raya kali ini terpaksa berpisah dengan anaknya.

Kakak ini tidak putus asa, guna segala duit yang ada untuk berniaga. Syukur juga anak-anak tak merengek nak mainan, nak makan sedap-sedap. Mereka kunyah dan telan apa sahaja yang ada.

Kita, jika ada masa lapang, sempat ambik tahu masalah orang, masalah artis. Tapi, berlainan dengan keluarga ini, masing-masing tiada masa untuk itu. Masing-masing tengah fikir untuk hari esok. Waima sekecil-kecil anak ini faham dan terima hidupnya seadanya.

Adik Shida ni minun saja air coklat pekat sebab tiada susu, dalam botol susunya. Lepas tu, isi dengan air kosong, baring di kerusi belakang saya sambil senyum-senyum.

Kalau kita, makanan masin sikit kita dah komplen dan tak nak makan. Tak terfikir ada orang nak sangat apa yang kita tak nak makan tu. Ada orang tengah bermimpikan hidup kita yang kita selalu keluhkan itu.

Entah bila kali terakhir kita bersyukur dan terima hidup kita seadanya. Anak kecil ni pun mak dia pun cakap tak pernah mengadu walaupun makan tak seberapa...

Jika ada lagi mereka yang seperti ini di mana-mana, saya doakan agar mereka dipermudahkan urusan dan dilapangkan hatinya.

Jika tuan/puan sekitar Kuching dan Samarahan ingin hulurkann pertolongan, boleh mesej saya di messenger. Moga diluaskan rezeki tuan puan. Amiiin.

#IktibarRamadan
#JanganMengeluh #SyukuriApaYangAda





No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...