Majlis Sungkei Perdana di Sibu meriah



SIBU: Majlis Sungke Perdana anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka dan Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Sibu telah berlangsung dengan meriah pada petang tadi.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 1500 orang warga Sibu yang berbilang bangsa telah memeriahkan suasana di Dataran Tuanku Haji Bujang Fasa 1 yang dipilih menjadi lokasi majlis.

Hasil tinjauan SarawakVoice yang mula berkampung di Dataran Tuanku Haji Bujang , masyarakat Sibu telah mula memenuhi Dataran Tuanku Haji Bujang sejak pukul 5 petang lagi.

Kemeriahan majlis ini ditambahkan lagi dengan kehadiran masyarakat Sibu yang berkunjung ke Bazaar Ramadan yang terletak di Dataran Tuanku Haji Bujang Fasa 2.

Pihak agensi kerajaan dan swasta turut tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana majlis antaranya ialah Lembaga Pelabuhan Rejang, Kumpulan Sanyan dan Kumpulan CIMB.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Tetamu kehormat iaitu Menteri Muda Pendidikan,Sains dan Penyelidikan Teknologi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr Annuar Rapaee.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...