Lelaki nyaris maut, nahas kereta dan bas


 


Gambar ihsan bomba

SIBU: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah bas di Kilometer 17, Jalan Paradom di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Shaari Berawi, 27, berasal dari Kampung Muhibah, Jalan Abang Amin di Bintangor.

Pemangku Ketua Bomba Zon Sibu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dikerahkan lokasi untuk memberi bantuan susulan menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.14 tengah hari.

"Pasukan bomba menggunakan peralatan untuk merenggang bahagian hadapan kereta berkenaan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk kaki kanan berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut kira-kira pukul 1.55 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan dari Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...