Lelaki maut minum racun serangga


 



KUCHING: Seorang lelaki yang dikatakan meneguk secawan racun serangga di hadapan ahli keluarganya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini pada Isnin.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Chai, 53 tahun terdahulunya tiba-tiba ‘naik angin’ dan terus menghalau isteri serta dua orang anaknya dari rumah mereka di Kampung Siburan, di sini sekitar pukul 2 petang.

Isteri dan anak-anak mangsa bagaimanapun enggan keluar menyebabkan mereka dikumpulkan di ruang tamu rumah tersebut. Mangsa dikatakan terus keluar dari rumah sebelum datang semula membawa sebotol racun serangga.

“Mangsa mengunci pintu dan kemudian menuangkan racun serangga tersebut ke dalam cawan kaca dan terus meminumnya.

“Kira-kira lima minit kemudian dia muntah dan pengsan menyebabkan isterinya terus menghubungi ahli keluarga yang lain untuk meminta bantuan,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan yang mengesahkan kes itu ketika dihubungi memberitahu laporan berhubung kejadian diterima dari isteri mangsa.

“Mangsa dihantar oleh rakannya ke PJHUS dan telah disahkan meninggal dunia pada pukul 3.50 petang semalam (Isnin) kerana meminum racun,” kata Aidil.

Menurutnya, siasatan lanjut juga telah
dijalankan di tempat kejadian dan mendapati terdapat kesan muntah dan serpihan kaca di ruang tamu rumah tersebut.

“Menurut isteri mangsa, sebelum ini mangsa juga pernah bersikap marah-marah tanpa sebab dan rasa tidak tenteram tetapi tidak sampai membunuh diri,” katanya.

Mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya untuk upacara pengebumian.
Mangsa meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak, di mana empat daripada mereka bekerja di Singapura.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...