Dua wanita Vietnam antara tiga ditahan edar dadah di Miri





MIRI: Dua wanita warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan di sebuah kondominium di sini sekitar pukul 11 pagi pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superintenden Sahar Abdul Latiff berkata dalam serbuan terbabit polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM82,201.10. 

"Dadah yang dirampas ialah 681 biji pil ecstacy dengan berat kasar 235.67 gram, 190 biji Erimin 5 (52.55 gram), ketamin (166.61 gram), serbuk ecstacy (332.34 gram) dan dedaun kering disyaki dadah (21.15 gram). 

"Polis turut membuat sitaan seutas rantai bersama loket, satu cincin sampua penuh, satu cincin sampua dan 28 keping bentuk kunci yang disaluti emas, anggaran nilai sitaan keseluruhan kira-kira RM30,752.36," katanya dalam satu kenyataan media. 

Sahar berkata aktiviti pengedaran dadah kumpulan ini dipercayai bermula pada awal tahun 2018 di sekitar pusat-pusat hiburan di bandar raya ini. 

"Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek lelaki didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ketamine manakala dua wanita warga Vietnam didapati negatif dadah. 

"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek lelaki berusia 24 tahun yang merupakan penganggur pernah empat kali ditahan atas kesalahan dadah manakala dua wanita masing-masing berusia 20-an yang juga penganggur tiada rekod jenayah lampau," katanya. 

Kesemua suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) akta yang sama. 

Manakala suspek lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...