Lagu raya pertama ciptaan anak Sarikei



SARIKEI BUSKERS mencipa sejarah apabila tampil sebagai kumpulan pemuzik jalanan pertama Sarawak menghasilkan lagu raya.


Lagu berjudul Setulus Kasih Aidilfitri itu mula mendapat perhatian netizen apabila tular di laman sosial Facebook, sejak semalam.

Menurut penulis lirik dan komposernya, Kadey, idea mencipta lagu itu tercetus selepas kumpulan itu tampil dengan tiga lagu Aidilfitri sebelum ini.

“Justeru, saya merasakan tiba masanya kami menerbitkan lagu raya sendiri.

“Single raya yang pertama ini menjurus ke arah pop, lari daripada kebiasaan dengan penceritaan yang berbeza,” katanya kepada wartawan.

Kadey berkata, dia menggunakan masa hampir lima hari untuk menghasilkan lirik dan melodi lagu berkenaan

Istimewa tentang lagu itu katanya, ia mengajak pendengar untuk mengimbau semula kenangan zaman persekolahan di samping menonjolkan nilai persahabatan selepas masing- masing melalui alam dewasa.

“Penghasilan lagu ini turut dibantu dua pemuzik undangan, Adi dan Udin. Mereka memberikan komitmen padu dan kerjasama cukup baik sepanjang proses rakaman.

“Seperti sebelum ini kita juga akan menerbitkan klip video tidak lama lagi,” jelasnya.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...