Cucu lelaki Lee Kuan Yew langsung perkahwinan sejenis




CUCU mendiang Lee Kuan Yew, Li Huanwu (kanan) melangsungkan perkahwinan dengan pasangan sejenis di Afrika Selatan, menurut pasangannya, Heng Yirui.

CAPE TOWN: Cucu mendiang Lee Kuan Yew, Li Huanwu melangsungkan perkahwinan dengan pasangan sejenis di Afrika Selatan, menurut pasangannya, Heng Yirui yang mengumumkannya Instagram, semalam.


“Hari ini saya berkahwin dengan teman hidup. Saya teruja untuk saat-saat indah sebegini dengan Huanwu,” kata Heng.

Pasangan itu turut menghantar gambar majlis perkahwinan mereka kepada pergerakan anti diskriminasi lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT), Pink Dot Singapore.

Li adalah anak lelaki kedua Lee Hsein Yang iaitu adik kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Afrika Selatan adalah salah satu negara yang membenarkan perkahwinan sejenis. - Agensi

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...