Kucing selebriti berwajah bengis Grumpy Cat mati




LOS ANGELES: Seekor kucing selebriti internet yang dikenali sebagai ‘Grumpy Cat’ mati ketika berusia tujuh tahun, kata pemiliknya Tabatha Bundesen, semalam.


“Kami dukacita mengumumkan kehilangan kucing tersayang Grumpy Cat,” kata kenyataan yang disiarkan menerusi Twitter.

Kucing yang terkenal dengan mimik muka bengis, menarik jutaan peminat di seluruh warga media sosial dan pernah bergambar dengan selebriti terkenal seperti Stan Lee dan Jenifer Lopez.

Grumpy atau nama sebenarnya Tardar Sauce mati di dalam dakapan ‘ibunya’ Bundesen di rumah mereka di Arizona.

“Meskipun dijaga oleh golongan profesional serta keluarga tersayang, Grumpy mengalami masalah komplikasi akibat jangkitan saluran kencing baru-baru ini yang sukar diubati.

“Selain menjadi ‘bayi’ kami dan ahli keluarga yang dihargai, Grumpy sudah membantu jutaan orang ramai tersenyum di seluruh dunia, meskipun ketika waktu sukar.
Semangatnya akan terus hidup menerusi peminatnya di mana saja,” katanya.

Sejak menerima berita kematian kucing itu, ratusan peminatnya menyiarkan mesej ucapan takziah dalam media sosial.

Grumpy Cat mempunyai 8.5 juta peminat di laman Facebook, 1.5 juta pengikut di Instagram dan 1.5 juta di Twitter. -AFP.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...