Bayern Munich juara Bundesliga



MUNICH: Bayern Munich menjuarai Bundesliga untuk musim ketujuh berturut-turut selepas menewaskan Eintracht Frankfurt 5-1 dengan Borussia Dortmund di tempat kedua.

Bayern, yang akan meraih gelaran berganda sekiranya menewaskan RB Leipzig pada final Piala Jerman 25 Mei ini, kini sudah mengumpul 29 gelaran liga Jerman.

Frankfurt bangkit menyamakan kedudukan menerusi Sebastian Haller di awal babak kedua selepas Bayern mendahului seawal minit keempat hasil jaringan Kingsley Coman.

Bagaimanapun Bayern kembali mendahului dengan dua gol dalam tempoh lima minit oleh David Alaba dan Renato Sanches.
Pemain sayap veteran Franck Ribery dan Arjen Robben, kedua-duanya akan meninggalkan kelab, meledak gol keempat dan kelima Bayern sebagai penutup di kelab itu. 
Ribery juga muncul pemain pertama memenangi sembilan gelaran Bundesliga.
Dortmund di tangga kedua, dua mata di belakang selepas menewaskan Borussia Moenchengladbach. RB Leipzig ketiga diikuti Bayern Leverkusen di tangga keempat melengkapkan penyertaan ke Liga Juara-Juara musim depan. - REUTERS

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...