Kontraktor balak dijumpai maut dalam keadaan leher terjerut akar



SIBU: Seorang kontraktor syarikat balak yang dilapor hilang Selasa lalu ditemui dalam keadaan leher terjerut pada akar kayu di Ulu Sg Melatai, kira-kira 176 kilometer dari pekan Kapit.
Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian berkata Kenek Antok, 46, dari Long Dungan, Belaga, dijumpai dalam keadaan tergantung di tebing curam oleh pasukan mencari dan Menyelamat pada jam 4.20 petang semalam.
Lokasi mayat mangsa dijumpai tergantung hanya 50 meter dari lokasi beg milik mangsa dan kesan darah dijumpai rabu lalu.
"Mayat si mati telah dibawa ke Hospital Kapit kira-kira jam 8.00 pagi tadi.
Freddy berkata, siasatan awal dan pemeriksaan pada tubuh mangsa didapati tiada kesan-kesan pergelutan atau luka.
Menurutnya, punca kematian belum diketahui dan bedah siasat akan dijalankan pada Sabtu.
Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Terdahulu, mangsa bersama 10 pekerja yang lain memasuki hutan Ulu Sg. Melatai pada 30 April untuk menjalankan kerja-kerja penandaan kayu balak.
Apabila semua pekerja balik ke kem, mangsa didapati tidak bersama mereka.
Usaha mencari yang digerakkan sekumpulan pekerja yang diarahkan mencari mangsa gagal  dan hanya menemui beg milik si mati.
Laporan polis mengenai kehilangam mangsa itu kemudian dibuat oleh adik mangsa di Balai Polis Kapit pada jam 5 petang.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...