Kawasaki tampil dua model Supernaked baharu

Jumaat, 3 Mei 2019 | 11:18pm


Kawasaki Z250 ABS. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

SEMPENA sambutan ulang tahun ke-30 Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) baru-baru ini, pengedar utama motosikal jenama Kawasaki di Malaysia itu melancarkan dua model motor berkuasa tinggi Supernaked baharu iaitu Kawasaki Z250 ABS dan Z400 SE ABS.

Menurut Presiden Motorcycle & Engine Company Kawasaki Heavy Industries Ltd, Yuji Horiuchi, pengenalan model baharu pada 2019 itu diyakini akan memberikan peluang kepada pelanggan merasai tiga konsep teras Kawasaki iaitu keseronokan tunggangan, mudah ditunggangi dan mesra alam.

Model terbabit katanya diharapkan akan menjadi antara model utama Kawasaki di pasaran Malaysia dalam usahanya merampas kembali penguasaan pasaran motosikal berkuasa tinggi.

“Maka, sempena sambutan ulang tahun ke-30 KMSB ini, kami mengharapkan sokongan semua pihak berkepentingan untuk membantu meluaskan pasaran motosikal menerusi model Kawasaki ini,” katanya pada sambutan ulang tahun itu yang diadakan di Petaling Jaya.

Enjin baharu berprestasi tinggi
Pelancaran kedua-dua model baharu berkenaan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Hadir sama ialah Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Kawasaki Z250 ABS dan Z400 SE ABS diperkasa dengan ledakan enjin baharu berprestasi tinggi yang memberikan lebih kuasa, lebih rpm dan kawalan berbanding model sebelumnya.

Menerusi reka bentuk yang lebih garang, kedua-dua motosikal itu menerapkan konsep Supernaked sugomi, selain sokongan casis yang lebih ringan dan teguh diserasikan dengan minat golongan muda dalam menikmati keseronokan tunggangan.

Menurut KMSB, harga runcit dicadangkan untuk Kawasaki Z400 ABS dan Kawasaki Z250 ABS itu masing-masing ialah RM28,755 dan RM21,998 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...