KELUARGA DADAH DICEKUP DI LUNDU

Lundu: Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK Sarawak cekup keluarga dadah di Lundu.

Menurut Ketua Operasi AADK Jesnik Gindol empat suspek termasuk seorang wanita itu ditahan disebuah rumah di Lundu dalam operasi yang diadakan dari pukul 8.00 pagi tadi.

Tiga suspek lelaki merupakan adik beradik manakala wanita tersebut merupakan isteri kepada salah seorang suspek lelaki yang berada dalam lingkungan umur 20 hingga 30an.

Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu methamphetamine dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan & Pemulihan 1983.-RTM SARAWAK



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...