Kad pengenalan hadiah istimewa Hari Gawai





MIRI: Tiada yang lebih menggembirakan pelajar tingkatan tiga, Vrince Rentezmentz Raul, 15, apabila dia akhirnya memiliki kad pengenalan yang diidam-idamkan setelah sekian lama menunggu pengesahan status kewarganegaraannya.

Dia yang menuntut di sebuah sekolah menengah di sini tidak dapat memiliki kad pengenalan kerana tiada sokongan dokumen sewajarnya daripada kedua-dua orang tuanya.

Difahamkan ibunya sudah meninggal dunia manakala bapanya menghilang tanpa khabar berita selepas bercerai dengan ibunya ketika dia masih kecil.

Vrince berasal dari Rumah Renang, Pasir Putih, Sungai Sigu, Pandan, Sebauh dipelihara neneknya dan bapa serta ibu saudaranya berterima kasih kepada Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) menyokong permohonan dan membantu melancarkan proses permohonan kad pengenalannya.    

“Saya berasa amat gembira kerana akhirnya memiliki kad pengenalan yang sah dan ini adalah hadiah Hari Gawai cukup bermakna,” katanya ketika ditemui di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri semalam.

Dia ditemani ketiga-tiga ahli keluarganya ketika membuat permohonan kad pengenalan semalam di samping Presiden GADS Vicky Gulin Shandom, Setiausaha Clare Cinderella, Penolong Setiausaha Leonard Nandong dan ahli jawatankuasa GADS yang lain.

Sementara itu, Vicky dalam pertemuannya dengan Vrince menasihatinya agar belajar rajin-rajin sehingga mencapai kejayaan dalam hidupnya dan sentiasa menghormati orang tua terutama neneknya yang banyak berjasa membesarkan dan memberi pendidikan kepadanya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...