Kebersihan Bazaar Ramadan Harus Jadi Keutamaan Peniaga Dan Orang Ramai

LUNDU: Kebersihan Bazaar Ramadan di sepanjang bulan Ramadan menjadi keutamaan yang perlu dititikberatkan peniaga dan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, YB Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu berkata Bazaar Ramadan adalah satu keperluan menjelang Ramadan dan ianya satu kemestian yang harus diutamakan.

“Kita perlu berterima kasih kepada Majlis Daerah Lundu (MDL) yang telah membuat yang terbaik dalam memastikan kita serius menjaga kebersihan Bazaar Ramadan sepanjang bulan Ramadhan untuk penduduk di sekitar Lundu dan Sematan.

“Sekarang ramai yang memilih Bazaar Ramadan sebagai alternatif bila terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak sempat bermasak untuk juadah berbuka puasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Bazaar Ramadhan 1440H /2019M anjuran Majlis Daerah Lundu di sini, semalam.

Datuk Amar Hajah Jamilah juga mahu produk seperti makanan yang ada di Lundu dan Sematan ini dipromosikan di dalam media sosial sebagai tarikan kepada pengunjung untuk datang ke daerah ini.

“Tidak lama lagi Hari Gawai akan di sambut. Lebih ramai lagi yang akan balik ke kampung dan makin meriahlah bazaar Ramadan kita yang akan dikunjungi pelbagai kaum yang mencari kuih, biskut dan sebagainya untuk sambutan perayaan.

“Gunakan media digital seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya untuk mempromosikan dan memberitahu orang luar apa yang kita jual dan yang terdapat di Lundu supaya orang tahu di mana untuk mendapatkannya,” ujarnya.

Terdahulu, Setiausaha Majlis Daerah Lundu Norashikin Brahim memberitahu buat pertama kalinya MDL dan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) mengadakan kerjasama dalam program Bazaar Ramadan.

“Setip pengendali makanan wajib mengambil suntikan dan semua dibekalkan dengan kelengkapan topi dan apron sumbangan dari Petronas,” katanya.
Pada Ramadan kali ini, MDL telah menyediakan sebanyak 112 kanopi di Bazaar Ramadan Pekan Lundu dan 25 di Bazaar Ramadan Pekan Sematan. 

MDL turut membuka kaunter perkhidmatannya yang diletakkan di Tengah Bazaaar Ramadan untuk kemudahan komuniti setempat mendapatkan maklumat. 

Turut hadir ADUN Opar YB Datuk Ranum anak Mina. Pegawai Daerah Lundu Gustian Haji Durani, wakil Syarikat Petronas Dagangan Berhad David James Albert, Kaunselor Abdul Razak Abdul Wahab, Kaunselor Benjamin Gersit anak Jais dan Kaunselor Fatimah Abdullah, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-ketua Masyarakat. 




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...