Kawasan kerap kemalangan jadi tumpuan


SARIKEI: Polis memberi tumpuan terhadap dua kawasan panas yang sering berlaku kemalangan di bahagian ini menerusi Kempen Keselamatan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang, berkata, langkah itu bertujuan memastikan kelancaran lalu lintas selain mengurangkan jumlah kemalangan sepanjang musim perayaan.

Katanya, lokasi terbabit ialah kilometer (km) 421 hingga km 431 Jalan Sarikei Betong yang bermula dari Sebangkoi hingga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Paoh.

“Selain itu laluan di km 439 hingga km448 Jalan Sarikei Betong dari Simpang Bulat hingga Simpang Pakan juga sering berlaku kemalangan. Kita juga mengenalpasti enam lagi kawasan lain iaitu, Jalan Bintangor Sarikei, Bintangor Sibu, Jalan Tulai Narasit, Jalan Skim B Pasi, Jalan Selidap dan Jalan Bintangor Gemuan.

“Kita berharap pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan mematuhi segala peraturan lalu lintas, jangan memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan merehatkan diri jika mengantuk,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri dan Gawai Dayak di sini, semalam.

“Sehubungan itu, kecuaian boleh mengundang risiko bahaya termasuk kemalangan jiwa. Polis juga akan mempertingkatkan tugasan rondaan anggota di semua laluan itu sempena Aidilfitri dan Gawai Dayak ini,” katanya.

Dalam pada itu, bahagian Sarikei mencatatkan 18 kes kemalangan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun lalu, 15 kes melibatkan kemalangan rosak manakala satu kemalangan ringan.

Majlis perasmian kempen disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Hadir sama, Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi, Residen Bahagian Sarikei, Felicia Tan Ya Hua dan Pengurus Lebuhraya Borneo Utara (LBU), Suhalili Md Salleh.

Sebanyak 350 bahan kempen termasuk risalah keselamatan diedarkan kepada pengguna dalam program anjuran Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya Peringkat Bahagian dengan kerjasama Lebuhraya Borneo Utara (LBU) dan Pan Borneo.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...