Abdullah hulur sumbangan kepada pelbagai persatuan dan rumah panjang

BINTANGOR: Sebanyak RM 21,300 disumbangkan kepada pelbagai persatuan dan pertubuhan bagi membantu menjana aktiviti mereka.


Majlis penyerahan sumbangan daripada Menteri Muda Hal Ehwal Korporat, Abdullah Saidol itu disampaikan oleh pegawai operasi khidmat DUN N.42 Semop di Tebingan Sungai Bintangor, semalam.

Selain program untuk mengimarahkan sambutan Ramadan, sumbangan juga bertujuan membantu pertubuhan berkenaan melaksanakan pelbagai aktiviti sampingan di sekolah dan peringkat kampung.

Mereka yang menerima sumbangan ialah Badan Kebajikan Islam IPD Meradong RM3,000, Pemuda PBB N.46 Meradong RM3,000, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Bundong RM2,000, PIBG SK Selidap (RM2,000), Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) cawangan Jakar RM3,000 dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Semop RM2,000.

Beliau turut menyumbangkan barangan bernilai RM6,300 kepada tiga buah rumah panjang iaitu perkakas dapur untuk Rumah Bennet Abul Sungai Sian selain dua unit mesin rumput dan 10 unit meja lipat plastik kepada Rumah Lemada Jang, Sungai Selidap.

Dalam pada itu, Rumah Jerni Jam juga menerima lima golong tikar getah dan 36 pasang langsir.

Sehubungan itu, Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Semop mahu penerima penerima memanfaatkan sumbangan berkenaan dengan sebaik-baiknya bagi melaksanakan aktiviti yang berfaedah untuk masyarakat.

Pemberian katanya, membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan rakyat sebaliknya sentiasa berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan mereka dapat melaksanakan program demi kepentingan bersama.

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda PBB N.46 Meradong, Halmi Morsili dan Kaunselor Nicholas Abu Seman.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...