Kastam Miri serbu premis jual rokok seludup






MIRI: Sejumlah 44,492 batang rokok dipercayai belum lulus Kastam pelbagai jenama yang melibatkan jumlah nilai sebanyak RM4,166.24 dirampas di sebuah premis perniagaan di Bandar Baru Permyjaya di sini kira-kira pukul 3.30 petang Selasa.

Pengarah Kastam Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata dianggarkan jumlah duti yang terlibat dalam rampasan itu ialah sebanyak RM32,655.56.

"Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Miri yang turut disertai sendiri oleh Ketua Kastam Stesen Miri telah menyerbu ke premis terbabit yang disyaki menjual rokok pelbagai jenama dipercayai belum lulus kastam. 

"Dua orang suspek telah ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan media. 

Orang awam diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan barang larangan seperti rokok, minuman keras, mercun dan dadah dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau talian terus Ibu Pejabat JKDM Sarawak 082-472133 atau mana-mana pejabat Kastam yang berhampiran.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...