KASTAM MIRI RAMPAS DADAH BERNILAI RM1.2 JUTA

Miri: Cubaan  seorang lelaki dipercayai tokan dadah untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan perlhidmatan pos laju untuk mendapatkan bekalan bahan terlarang itu gagal apabila dia ditahan ketika cuba mendapatakan bungkusan terbabit.

Penahan lelaki terbabt dilakukan oleh sepasukan anggota penguatkuasaan Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak pada jam 9.45 pagi  semalam ketika suspek hendak keluar kawasan di premis Pos Laju Miri selepas mendapatkan bungkusan di premis terbabit..

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia,Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha dalam satu kenyataan berkata, Pemeriksaan terhadap suspek pula menemui sejumlah 24 ribu 594 biji pill estacy dalam satu bungkusan pos laju yang diikrar mengandungi manisan coklat dan dialamatkan kepada seorang wanita di taman Desa Seri, Pujut, Miri.

Pemeriksaan lanjut keatas kereta yang digunakan suspek turut membawa kepada penemuan 30 paket serbuk Kristal yang disyaki dadah jenis ketamine seberat 26.88 gram.

siasatan awal ke terhadap alamat rumah yang digunakan suspek pula mendapati ia didiami ramai penghuni berpandukan kepada jumlah kenderaan yang berada di kawasan rumah terabit selain ia dipercayai digunakan sebagai pusat pembungkusan dan pengedaran dadah diseluruh Sarawak serta Negara Brunei Darusalam.

Siasatan lanjut diteruskan bagi mengesan berberapa individu yang disyaki turut terlibat dalam kes terbabit dan ia disiasat di bawah Seksyen 39 kurungan B Akta Dadah Berbahaya 1952.-SarawakAritok


1 comment:

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...